|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
"Sudahkah Anda Memiliki Laman Web Perniagaan Yang Profesional? Jika Belum, Jangan Abaikan! Cara Murah, Mudah & Berkesan Untuk Menambat Pelanggan Baru Dan Lama Anda Dari Serata Dunia"
Daripada: Zaki Yusof Tarikh:
Per: Mempromosikan Produk Anda Cara Murah, Mudah & Tanpa Sempadan.
Anda tentu inginkan produk anda dipasarkan dan dikenali di seluruh dunia. Namun, agak mustahil untuk anda sendiri memasarkannya ke merata-rata tempat. Bayangkanlah kos dan masa yang anda perlu belanjakan jika anda berbuat demikian.
Tetapi, tahukah anda?...
Cuma ada SATU cara sahaja untuk anda melakukannya dengan cara yang murah dan mudah iaitu ...
Melalui medium Internet, sesiapa saja yang berada di seluruh dunia boleh mencapai apa-apa maklumat dan produk syarikat anda. Menurut kajian, manusia menggunakan Internet untuk mencari maklumat. Dan... tahukah anda berapakah pengguna Internet sepanjang tahun lepas?
Lebih 1.5 Bilion Pengguna Internet Seluruh DuniaPecahan Pengguna Internet Dunia Sehingga Disember 2008.
Jumlah pengguna Internet = 1,574,313,184 orang.
Sumber: www.internetworldstats.com/stats.htm
...Dan Terus Meningkat Dari Tahun Ke Tahun
Bayangkanlah, lebih 1.5 bilion pengguna Internet telah menggunakan Internet pada tahun 2008. Jika dibandingkan dengan statistik pada tahun 2000, hanya 360,985,492 sahaja pengguna Internet pada masa itu. Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak 336.1%. Ia terus meningkat setiap tahun dan peratus peningkatan ini memanglah tinggi. ( Sumber: www.internetworldstats.com/stats.htm )
Hakikatnya, penggunaan Internet pasti akan terus meningkat dari tahun ke tahun kerana teknologi ICT sentiasa berkembang setiap minit.
Sebagai seorang usahawan, adalah tersangat rugi jika anda tidak merebut peluang mengeksplotasikan teknologi yang ada ini bagi memajukan lagi perniagaan anda.
Anda tidak boleh terus menerus kekal dengan cara perniagaan konvensional yang anda amalkan selama ini. Sedarkah anda betapa pesaing anda sentiasa mencari peluang untuk mengalahkan anda. Bila-bila masa sahaja perniagaan anda boleh tewas jika tiada perubahan dalam strategi perniagaan anda. Oleh itu anda mesti bertindak pantas.
Tidak kiralah apa jenis perniagaan anda. Samada berniaga dari rumah, tepi jalan atau mempunyai pejabat atau kilang anda sendiri. Anda perlukan perubahan ini...
Kini Masanya Untuk Anda Merebut Peluang Yang Terbuka Luas Ini. Promosikan Produk IKS Anda Ke Serata Dunia Dan Perkenalkan Syarikat Anda Cara Profesional.
Bagaimana caranya?
Untuk tujuan ini, perniagaan anda perlulah memiliki sebuah laman web. Laman web perniagaan mestilah profesional.
Antara beberapa kelebihan jika perniagaan anda memiliki laman web:
Namun demikian, sebelum anda mahu membina atau memiliki laman web sendiri, pastikan laman web anda nanti mestilah kelihatan profesional. Kualiti sesebuah laman web amat penting bagi menjamin keyakinan pelanggan terhadap produk atau perniagaan anda. Memandangkan prospek anda nanti hanya di Internet, maka adalah penting untuk anda memberikan keyakinan kepada prospek anda melalui laman web tersebut.
Laman Web Profesional Boleh Meningkatkan Keyakinan Pelanggan Walaupun Mereka Hanya Mengenali Anda Di Internet.
Ciri-Ciri Laman Web Perniagaan Yang Profesional.
Contoh Rekabentuk Laman Web Profesional
Jangan Biarkan Pesaing Anda Mendahului Walaupun Syarikat Anda Kecil, Anda Tidak Seluruh Dunia! |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Copyright (c) 2004,
Internet Business Marketing,
www.PemasaranWeb.com
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||